Friday, May 30, 2008

Bandar Kajang Lubuk Pencemaran udara ?

Sukar untuk dinafikan lagi pencemaran di Kajang agak teruk. ingin saya berkongsi dengan pembaca sekalian, kekecewaan saya terhadap pengusaha Bas Mini di Kajang. Saya sering menunggang motorsikal saya melalui bandar yang terkenal dengan satay Kajang ini. Hmm.. Menjadi 'pantang' saya untuk berada di belakang bas mini. Kenapa? Cuba anda bayangkan asap yang dihasilkan bas-bas milik syarikat ini begitu 'meriah' dengan asap hitam yang berkepul-kepul.. Mahu hitam muka berseri penunggang motorsikal seperti saya ini.. bau asap juga melekat di baju.
Itu kisah saya yang mewakili pengguna jalan raya bandar Kajang-Bangi. Kita mungin dapat mengelak dari asap pencemar ini. Tapi, Bumi? Atmosfera? Bandar dan penduduk khususnya di Kajang ini? Bagaimana mereka mampu hidup dengan selesa dan jauh sekali sihat di bandar ini?
Saya harap blog saya ini ditatap pihak berkuasa terutama PBT. Supaya mereka dapat melihat perkara yang 'sudah terang ini lagi bersuluh'. Namun tidak ada tindakan yang diambil terhadap pengusaha bas ini serta kenderaan lain amnya yang suka 'berasap'.
Pembaca sekalian, hal ini bukanlah sehari dua berlaku.. sedih apabila memikirkan Hospital Kajang yang keluasannya sangat terhad, berada ditengah bandar Kajang. kenapa tidak, Hospital ini dikelilingi jalan raya yang membenarkan Bas-bas pengotor ini bermaharajalela. Harap pesakit-pesakit yang berada di wad Hospital tersebut segera sihat.

Bagi pembaca yang tinggal di luar Kajang, datanglah melihat fenomena indah ini.
(hanya nak bercerita tentang pencemaran udara, pencemaran air dan landskap di hari lain pula.. bimbang anda loya.)