Friday, January 23, 2009

material ingin diboikot, minda bagaimana?

Walaupun sudah beberapa hari gencatan senjata Rejim Yahudi Israel dilaksanakan, namun kesan yang amat parah terhadap Palestin itu masih dirasai penduduk dunia. Ketika ini di Palestin warganya sedang sibuk memunggah batu runtuhan mencari mayat-mayat dan barang berharga yang mungkin masih ada sisanya.. Penduduk dunia yang prihatin pula berasa sangat bertanggungjawab menghulurkan segala bentuk bantuan sama ada wang ringgit mahupun barangan keperluan lainnya. Semua ini dilakukan bersama.

Di tanah tumpah darah kita ini, kita semua berusaha gigih menahan air liur, nafsu serakah dari membeli barangan Israel dan sekutunya Amerika. Tapi apa yang kita galas di minda kotak pemikiran, hati dan tindakan kita masih menjadi milik Amerika dan sekutunya Israel. Naitijahnya yang sama.. sudah tentu kekejaman ini akan terus berulang. Kita menangis dengan rupa rakyat Palestin, tetapi kita bergembira dengan rupa ideologi Amerika dan Israel. Kita sedang mempamerkan display emotion... antara kita sedar atau tidak, sepertinya kita ini hipokrit.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penganjuran Konsert Rihanna yang akan diadakan 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil di sini yang dibantah Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata apa yang penting ialah pihak penganjur apa memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian. "Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia tetapi disebabkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini.
Selasa lalu, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'. - Bernama (23Januari 2009)

Kita manusia yang lemah...Kerajaan prihatin..