Friday, January 23, 2009

material ingin diboikot, minda bagaimana?

Walaupun sudah beberapa hari gencatan senjata Rejim Yahudi Israel dilaksanakan, namun kesan yang amat parah terhadap Palestin itu masih dirasai penduduk dunia. Ketika ini di Palestin warganya sedang sibuk memunggah batu runtuhan mencari mayat-mayat dan barang berharga yang mungkin masih ada sisanya.. Penduduk dunia yang prihatin pula berasa sangat bertanggungjawab menghulurkan segala bentuk bantuan sama ada wang ringgit mahupun barangan keperluan lainnya. Semua ini dilakukan bersama.

Di tanah tumpah darah kita ini, kita semua berusaha gigih menahan air liur, nafsu serakah dari membeli barangan Israel dan sekutunya Amerika. Tapi apa yang kita galas di minda kotak pemikiran, hati dan tindakan kita masih menjadi milik Amerika dan sekutunya Israel. Naitijahnya yang sama.. sudah tentu kekejaman ini akan terus berulang. Kita menangis dengan rupa rakyat Palestin, tetapi kita bergembira dengan rupa ideologi Amerika dan Israel. Kita sedang mempamerkan display emotion... antara kita sedar atau tidak, sepertinya kita ini hipokrit.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penganjuran Konsert Rihanna yang akan diadakan 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil di sini yang dibantah Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata apa yang penting ialah pihak penganjur apa memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian. "Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia tetapi disebabkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini.
Selasa lalu, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'. - Bernama (23Januari 2009)

Kita manusia yang lemah...Kerajaan prihatin..

Tuesday, September 16, 2008

En. I.S.A

Amuk! ia berulang! Kerencatan undang-undang di negara tercinta kini berulang.
En. ISA bukan lagi digunakan sebagai alat undang2 bagi membanteras pengganas tetapi sebagai alat memandulkan demokrasi. (En. ISA salah disisi agama Islam mahupun agama lain kerana ia adalah penahanan tanpa bicara dan menafikan bukti)
"You lapor you adalah pengganas! You sebarkan kesalahan dia you yang bersalah! you patut diam!"mungkin itu yang dilaungkan En.ISA.

PERKAUMAN?
Ahli Parlimen, Media dan orang awam.. Ingin juga saya bertanya, siapa yang mencetuskan perkauman? siapa?? siapa yang menghunus keris? siapa yang bermulut celupar? siapa yang hilang integriti dalam politik? siapa yang ditinggalkan dan dikecam rakyat serta bangsa lain? bukankah mereka2 ini dari puak 'sana'.. En. ISA? tetapi mereka tidak di tangkap..

Kini pihak mana yang bersatu? pihak mana yang saling berjuang untuk keadilan semua bangsa? bukankah 8mac telah membuktikannya? tetapi anehnya, mereka ini ditangkap En ISA.
Mengapa individu yang berjuang untuk kepelbagaian bangsa yang menjadi mangsa?

Jadi, hakikatnya.. siapa yang bermain api, jangan bakar orang lain, tetapi bakar diri sendiri. Tiada api perkauman di Malaysia sekarang ini. TIADA. Sebenarnya TIADA. Masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia sebenarnya tidak berpecah dan tidak bermusuhan. Lihat di sekeliling anda. Malah semakin erat membanteras kekorupan (korupsi).

Hentikan idea dan agenda bodoh ini berikan keamanan dan keadilan kepada semua. Jika benar, katakan benar, jika salah katakan salah dan mohon maaf. jika terbukti, bicarakan secara bertamadun.

(saya malu dengan sikap pemimpin sebangsa dengan saya kini, yang mempunyai kuasa tetapi pendek akal dalam memelihara kebenaran. jangan sampai orang jijik dengan kita dan mempertikaikan akhlak kepimpinan kita kerana sikap kita yang suka menipu. nak tulis lebih2 nanti saya pulak yang meringkuk dalam 'sana'. AMAN.PEACE.)

Friday, June 6, 2008

Pakatan cengkaman masa depan.

Rudd syor pakatan baru Asia

SYDNEY: Perdana Menteri, Australia Kevin Rudd semalam menggesa negara Asia Pasifik membentuk kumpulan menyamai Kesatuan Eropah (EU) yang didakwanya dapat meningkatkan keselamatan dan keamanan rantau itu. Rudd berkata, blok yang digelarnya Masyarakat Asia Pasifik yang merangkumi negara kuasa ekonomi seperti China, India, Amerika Syarikat dan Jepun boleh diwujudkan menjelang 2020. “Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan serantau yang pada masa ini agak berpecah,” katanya dalam wawancara radio selepas mengemukakan idea itu ketika berucap di Persatuan Asia Australia, malam kelmarin.
“Perlu diingat yang rantau ini sekarang menyaksikan pelbagai konflik termasuk di Selat Taiwan, Semenanjung Korea, Kashmir yang turut membabitkan negara berkuasa nuklear. Kita perlu mewujudkan satu pakatan demi masa depan.” - AFP

TAK NAK! JANGAN! TAK BOLEH!

Saya merasakan ini agenda kuasa-kuasa besar terutama Amerika Syarikat dan Australia untuk meneruskan cengkaman mereka keatas negara-negara membangun terutama negara-negara Islam. Menjelang 2020, mungkin 'pembersihan' ke atas negara-negara seperti Indonesia, Malaysia dan negara timur tengah yang kini dianggap rakan akan dimulakan secara menyeluruh.

Saya juga melihat apa yang dikatakan oleh Rudd sebagai perpecahan kerjasama keselamatan serantau kini ialah kerana kebanyakkan negara-negara dunia kini tidak bersetuju dan mengutuk penaklukan Amerika keatas Afghanistan dan Iraq. Malah penduduk dunia juga mengutuk desakan Amerika keatas Iran didalam isu nuklear yang membayangkan peperangan akan berlaku. Australia yang merupakan sekutu kuat Amerika membantu Israel merampas kedaulatan Palestin yang hakiki juga tidak mendapat sokongan negara-negara Islam.

Inilah agenda masa depan mereka. Pakatan ini tidak mustahil akan digunakan untuk mengancam ekonomi negara-negara Islam yang tidak tunduk kepada dasar dan telunjuk mereka kelak. Selain itu, Mereka akan terus menyuburkan teori keterbergantungan negara-negara membangun dan negara-negara miskin terhadap mereka. Mereka juga mampu untuk menggugat kestabilan politik negara yang lebih terdorong membangunkan syiar Islam. Hakikat yang harus diterima ialah Australia, Britain, Amerika dan Israel tidak akan membenarkan sebuah negara Islam yang unggul wujud di bumi ini.


Thursday, June 5, 2008

Inflasi Bakal Mengapung Macam Pelampung?

Merisaukan... Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 40 peratus sebenarnya berpotensi menaikkan kadar inflasi secara drastik. Kemungkinan Indeks Harga Pengguna pada bulan Jun akan meningkat kepada 0.5 hingga 0.6 peratus kepada tiga hingga empat peratus berbanding 2.6 peratus sekarang. Segalanya mungkin.... sebab kos hidup rakyat ternyata meningkat secara drastik. Pandai-pandai la kita mengapungkan diri kita dari terus lemas.. dan lemas..

Merokok Pembaziran Mutlak!

Berhenti merokok! Inilah masanya!
Sewajarnya kita perlu berhenti merokok! Memang dengan berhenti merokok harga minyak tidak akan turun. Tetapi, dengan berhenti menghisap Benda Asap tu kita dapat menjimatkan wang. Kalau pun kita berkata "alah, aku mampu lagi hisap Benda Asap ni.." kita perlu ingat, kita sebenarnya seorang yang zalim. Kita tidak gunakan wang kita dengan sebaiknya. Tidak menggunakan wang di tempat yang betul. Ramai lagi saudara-saudara kita yang kelaparan gara-gara kenaikan harga barang keperluan.
Pada yang kaya raya, kereta mewah.. makanan mewah.. ingat.. dalam harta anda, ada hak orang miskin.

Harga Petrol Dan Diesel Diapung Seperti Pelampung.
















Kerajaan belanja RM13.7 bilion hasil penstrukturan harga bahan api dan levi.


Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

Bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000 cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan. Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan itu.

Bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan terbabit membayar atau memperbaharui cukai jalan, berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac tahun depan. Bayaran itu akan dibuat menerusi kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai ini. Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula akan menikmati pengurangan cukai jalan sebanyak RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet selama empat jam itu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dinaikkan 78 sen seliter kepada RM2.70 dan diesel RM1 seliter kepada RM2.58 sen mulai hari ini.

Wednesday, June 4, 2008

Pendang Lake Resort- aku pernah tanam sepohon pokok di sana..rindunya..




Suasana kampung Pendang Lake Resort

RAMAI yang tidak menyedari selain Langkawi, bumi negeri jelapang padi atau Kedah mempunyai banyak destinasi percutian untuk pelancong yang merindui ketenangan dan suasana kampung berlatarkan panorama sawah padi, suara nyanyian cengkerik serta unggas. Pendang Lake Resort yang dibangunkan pada September 2004 adalah antara destinasi percutian yang dimaksudkan itu. Ia menyediakan pelbagai kemudahan bagi pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski dan bot kawalan jauh manakala ikan patin, tilipia, haruan serta pelbagai jenis ikan air tawar setia menunggu kehadiran kaki pancing. Bukan itu saja, jika anda impikan latihan lasak ala tentera, Pendang Lake Resort turut menyediakan kemudahan elemen latihan darat merangkumi sirkit rempuh yang menggunakan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terutama bagi peserta kursus seperti kem bina semangat dan kursus motivasi diri bagi pelajar sekolah.

Terletak 25 kilometer dari bandaraya Alor Star dan kurang satu kilometer dari pekan Pendang, tasik buatan yang mempunyai keluasan 12 hektar ini boleh dijadikan kawasan riadah bersama keluarga kerana di kelilingi beberapa pondok rehat. Pendang Lake Resort yang dulunya dikenali sebagai Rumah Rehat Pendang juga bakal dibangunkan menjadi destinasi pelancongan sukan air terkemuka di Kedah selaras sambutan Tahun Melawat Kedah 2008 bulan depan. Malah, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di sini antaranya, Pesta Memancing sempena bulan kemerdekaan yang diadakan pada Ogos setiap tahun dan penganjuran Cabaran Jet Ski yang diadakan pada Mei lalu yang turut disertai peserta dari Korea, Jepun, Thailand dan China.

Pengarah Pendang Lake Resort, Hashim Abd Rahim, berkata kawasan ini juga menyediakan kemudahan untuk peserta kursus seperti dewan, bilik tutorial, bilik mesyuarat, padang bola sepak dan bola jaring serta fasiliti asrama untuk pelajar. Beliau berkata, kawasan ini yang mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun lalu, menjadi destinasi pilihan pelancong asing terutama dari Jepun, Timur Tengah dan Thailand.

Krisis Makanan Ancaman Global

Kenaikan harga makanan dan pertambahan golongan miskin yang tidak mampu memberi makan kepada keluarga masing-masing berisiko tinggi mencetuskan bencana global. Krisis makanan ketika ini meningkatkan pencabulan hak asasi manusia dan dapat menjadi punca bencana besar di seluruh dunia. Kenaikan harga menyebabkan banyak negara paling miskin di dunia bergelut memberi makan rakyatnya.
Banyak keluarga di negara miskin memperuntukkan lebih tiga perempat daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan. Mereka tidak mampu menanganinya kerana harga berterusan naik. Harga makanan global naik hampir dua kali ganda dalam masa tiga tahun, mencetuskan bantahan ganas di beberapa negara. Pertambahan penduduk, permintaan dari negara membangun, peningkatan penghapusan tanaman untuk biofuel selain banjir dan kemarau menjadi punca kenaikan harga makanan di seluruh dunia. Berdasarkan rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga makanan global naik 35 peratus tahun ini dan 65 peratus sejak 2002. Pada 2007 saja, menurut indeks makanan dunia Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, harga produk tenusu naik hampir 80 peratus dan bijirin 42 peratus.
Memang dahsyat mengetahui penduduk miskin terpaksa menanggung kesan kesilapan dasar selama berdekad-dekad seperti kekurangan pelaburan dalam pertanian dan menarik sokongan kepada petani kecil-kecilan. Aktivis hak asasi manusia menyalahkan perkembangan industri biofuel di atas krisis makanan dunia. Berterusan mengembangkan industri itu yang memburukkan krisis makanan secara moralnya lebih teruk.
Krisis makanan global ketika ini adalah contoh buruk bagaimana kerajaan terbaik, cuai dan terburuk, bersubahat dalam aliran peningkatan masalah kelaparan.

Tuesday, June 3, 2008

Kiriman Dari Neraka

Pengguna komputer diingatkan lebih berhati-hati berikutan kemunculan sejenis virus yang mampu mengganggu sistem dan aplikasi komputer dikenali dengan ‘Virus 666’. Kehadiran virus itu dapat dikesan pada pemacu utama C (C Drive) melalui fail bertajuk HELP.ME!!.html. Jika fail itu dibuka, satu fail lain akan muncul pada skrin komputer yang memaparkan perkataan ‘Kiriman Dari Neraka’ yang turut menyentuh beberapa isu, selain nama pelayan turut diletakkan di bahagian penjuru bawah fail itu.Virus itu dikesan beberapa bulan lalu mula mengganggu dunia maya dan kebiasaannya dikenali dengan nama fail flash.10.exe.Dipercayai semua sistem komputer boleh dijangkiti virus itu sebaik membuka fail mesej yang tertera ‘Kiriman dari Neraka’.

Beberapa cara dikenal pasti menjadi landasan utama penyebaran virus itu terutama ketika pengguna mengakses disket, cakera liut atau pemacu storan luaran yang berkemungkinan dijangkiti virus itu. Ia turut menyerang komputer ketika pengguna memuat turun program Internet.

Ibu.. nak makan nasi..

''Beras takde nak.. ibu tak dapat nak beli beras.." mengalir air mata si ibu tunggal yang kematian suami.. mengenangkan si anak yang menahan lapar inginkan sesuap nasi.

Hmm.. sesetengah daripada kita mungkin mengalaminya. Bagaimana seorang pengawal keselamatan mampu menanggung 8 orang anaknya. Bagaimana seorang ibu tunggal yang mengambil upah menjahit menanggung 2 orang anaknya yang cacat dan 2 orang lagi bersekolah.
Sedar atau tidak, ini realitinya. Masakan tidak, Rancangan BersamaMu TV3 terus disiarkan.

Saya berharap kerajaan kita akan mewujudkan satu institut seperti International Rice Research Institute (IRRI) di Philippines. Masalah beras ini adalah masalah yang global. Kajian untuk suatu jangka masa yang panjang perlu dibentuk agar negara kita bersedia menghadapi sebarang bentuk krisis makanan terutama berasaskan beras. Walaupun kita telah mempunyai Bernas (pemasaran), UPM (penyelidikan) , dan beberapa agensi lain di setiap negeri yang menyalurkan kemudahan kepada petani padi, namun kita belum perkasa dari segi penelitian aspek-aspek lain. Seperti pembasmian mahkluk perosak padi, pembenihan bermutu, sistem pengairan sistematik dan kaedah penanaman berkesan.

Negara kita masih ketinggalan dari aspek ini berbanding negara seperti Thailand dan Philippines. Ketika saya melawat IRRI awal tahun ini, mereka begitu komited dalam menghasilkan benih yang bermutu bersama negara-negara dari Barat, Asia dan Eropah.Namun bendera Malaysia tidak kelihatan kerana difahamkan Malaysia tidak turut serta dalam penyelidikan di IRRI. Jika dilihat di kawasan sawah mereka, saya begitu kagum dengan kebersihan dan kekemasan sawah mereka. Mereka sangat sistematik dalam bekerja walaupun tidak kelihatan jentera moden di sawah mereka.
Ini cuma pandangan saya.. seminggu saya makan nasi di IRRI. Katering mereka juga menghantar makanan halal ke hotel di mana saya menginap.

Jangan Terpengaruh

Laman web berikut adalah laman web yang dibina oleh yahudi bagi memesongkan akidah umat Islam seluruh dunia.

1.
http://www.answering-islam.org/
2.
http://www.thequran.com/
3.
http://www.aboutislam.com/
4.
http://www.allahassurance.com/

Monday, June 2, 2008

Cahaya Malam
Dalam kegelapan malam
Dalam keresahan fikiran
Ku ingin bertemu dengan cahaya malam
Sesuatu yang ku angan-angan
Sesuatu yang selama ini menjadi khayalan
Tak ada perjumpaan
Tak ada kebiasaan
Hanya pesan-pesan singkat dari alam maya
Tapi semua hanya khayalan
cahaya malam
Lama ku tak bertemu
Lama ku menantikannya
Cahaya malam itu entah di mana
Apakah aku sudah gagal mendekatinya?
Entahlah
Semuanya cuma mimpi
Cahaya malam tak di sini
Tapi di sana
Entah di mana berada
Tapi ku ingin menemuinya
Tapi ku ingin menjumpainya
Walau (sekali lagi) hanya dalam khayalan
Mudah-mudahan
PM minta kakitangan awam bantu atasi krisis minyak

PUTRAJAYA: PM minta ketua jabatan dan kakitangan awam membantu kerajaan memikir dan mengemukakan cadangan kaedah bagaimana untuk mengatasi penambahan subsidi akibat kenaikan harga minyak mentah dunia. Perdana Menteri mahu penyertaan mereka untuk memberi idea kepada kerajaan supaya dapat mengambil pendekatan terbaik bagi mengatasi krisis selain membantu langkah jimat cermat.

Berita Harian 2 Jun 2008

Saya bukan kakitangan awam. Tapi saya nak tulis juga sebab saya orang awam. huhu

Yela, agak terlewat kita melakukan tindakan yang drastik terhadap masalah ini. Ibarat kain pelekat yang singkat la. Tarik ke atas nampak lutut. turunkan ke bawah nampak pusat.

Apa pun natijahnya, kita kena sama-sama fikirkan jalan keluar walaupun kesannya mungkin 10 tahun akan datang baru nampak. (saya risau tentang bekalan makanan dunia tak cukup je huhu)

Langkah Perlu :

  1. Kekalkan caj pengangkutan awam terutama teksi dan bas sebagai galakan dan kemudahan kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Subsidi juga perlu dipertimbangkan agar syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini kekal bersama kualiti perkhidmatan. Maka kurang penggunaan minyak bagi kenderaan individu.
  2. Jual minyak petrol dan diesel pada harga TANPA SUBSIDI kepada kenderaan berpendaftaran negara luar.
  3. Petronas perlu mengkaji semula sebarang penajaan yang merugikan atau tidak membawa pulangan yang memuaskan terhadap penggunaan wang hasil keuntungan Petronas. Sebaliknya menumpukan kepada penyelidikan dan pencarian kawasan sumber asli baru.
  4. Gerakan penajaan dari badan korporat untuk mengisi tabung subsidi minyak atau makanan asasi negara untuk jangka masa pendek sementara krisis minyak dan makanan pulih.

Kuala Lumpur yang ku CINTAI..

Eee... ape tuh.. Baunya.. nie kat Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.. Ini realitinya k. tak semua tempat kt KL nie cantik dan indah..




Yang ini plak di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.. bestkan..





Dan juga yang ini di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.. Kan da kena terjah...










Gambar-gambar indah nie original dari saya.. bukan dari akhbar k.. Tolong la jaga kebersihan..