Friday, September 21, 2007

Kes Nurin Jazlin Jazimin : Di Mana Kita Berada?


Mayat dalam beg sah Nurin

Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri

GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.
Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa.
SHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu. Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.
(Berita Harian. 21 September 2007)
Berikut adalah petikan akhbar yang saya bawa untuk kita sama-sama fikirkan natijah yang sebenarnya berlaku disaat kita bersorak gembira menanti detik kemerdekaan negara yang ke-50 tahun. Pada tanggal 20 Ogos 2007, adik Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang ketika beliau berjalan berseorangan di sebuah pasar malam di Wangsa Maju. Ketika dunia melihat Malaysia diambang kejayaan sebagai sebuah negara membangun dari segala aspek termasuk ekonomi namun di bawah sedar kita masih lemah dari segi moral masyarakatnya. Pembangunan sesebuah negara seharusnya tidak berjalan seiring dengan peningkatan kes-kes jenayah kejam. Sejak tahun 1997, kekuatan ekonomi Malaysia diakui dunia apabila negara kita tidak begitu menerima kesan jangka masa panjang seperti negara jiran kita Indonesia. Pertumbuhan bandar-bandar satelit terutama di negeri Selangor tidak menunjukan sebarang kemunduran. Walaupun begitu, kita masih mundur dari aspek kemanusiaan masyarakat bandarnya. Sikap mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan dan keselamatan masih tidak mencapai tahap yang membanggakan. Apa yang saya ingin bangkitkan disini sebagai seorang mahasiswa ialah dimana nilai-nilai murni rakyat Malaysia yang kita sering banggakan? apakah tindakan kita sebagai anggota mayarakat bandar dalam memastikan kita berada di bandar yang selamat atau sifar jenayah? setelah 50 tahun kita merdeka, apakah perlu kita bergerak seiring dengan peningkatan kes jenayah kejam terutama yang melibatkan kanak-kanak? sama-sama kita fikirkan. Kes Nurin Jazlin Jazimin ini adalah salah satu daripada puluhan kes jenayah terhadap kanak-kanak setelah 50 tahun kita MERDEKA.
Al-Fatihah..

5 comments:

shima said...

pembunuh nurin memang kejam....manusia yang membelakangkan tuhan dan bernafsukan syaitan je yang sanggup melakukan sedemikian rupa.
Semoga roh Nurin dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman...
Persoalan disini, semakin lupuskan sikap keperimanusian di zaman siber ini??

shima said...

sedekahkan al-fatihah untuk adik nurin jazlin.semalam jenazah dikebumikan dekat wangse maju dan finally parents die redha itu memang anak diorg.hati mak ayah mane tak sedey.arwah yg bukan adik saye pun saye rase sedih sgt. dan saye mahu polis cari sampai jumpe manusia keji yang tergamak buat macam ney dkt arwah nurin jazlin.and to those of u out there yang ade adik kecil laki/perempuan tak kisah la TOLONG la jangan bagi adik adik korang jalan sorang.kalau nak pegi shopping sebaiknye jangan la bawak adik adik kecil ney.its a matter of their safety

shima said...

sedekahkan al-fatihah untuk adik nurin jazlin.semalam jenazah dikebumikan dekat wangse maju dan finally parents die redha itu memang anak diorg.hati mak ayah mane tak sedey.arwah yg bukan adik saye pun saye rase sedih sgt. dan saye mahu polis cari sampai jumpe manusia keji yang tergamak buat macam ney dkt arwah nurin jazlin.and to those of u out there yang ade adik kecil laki/perempuan tak kisah la TOLONG la jangan bagi adik adik korang jalan sorang.kalau nak pegi shopping sebaiknye jangan la bawak adik adik kecil ney.its a matter of their safety

shamir said...

pembunuhan nurin adalah amat kejam, tetapi jike kita membuat kajian mendalam kita akan mendapati bahawa ini bukan kali pertama berlakunya kes pembunuhan kejam kanak kanak seperti nurin.
dalam 20 tahun ini terdapat banyak kes sebegini.pesalah haruslah dikenakan hukuman berat, tetapi ibu bapa juga haruslah lebih prihatin dengan mengawasi anak anak mereka, kita haruslah mengambil langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu malasah dan bukannya selepas sesuatu masalah.

septemberfourteen said...

lelaki binatang!xberhati perut..!
pembunuhan adik Nurin sangat kejam..manusia yang bertopengkan syaitan sahaja yang tergamak melakukan ini semua..
semoga roh adik Nurin tenang..
al-fatihah