Tuesday, June 3, 2008

Ibu.. nak makan nasi..

''Beras takde nak.. ibu tak dapat nak beli beras.." mengalir air mata si ibu tunggal yang kematian suami.. mengenangkan si anak yang menahan lapar inginkan sesuap nasi.

Hmm.. sesetengah daripada kita mungkin mengalaminya. Bagaimana seorang pengawal keselamatan mampu menanggung 8 orang anaknya. Bagaimana seorang ibu tunggal yang mengambil upah menjahit menanggung 2 orang anaknya yang cacat dan 2 orang lagi bersekolah.
Sedar atau tidak, ini realitinya. Masakan tidak, Rancangan BersamaMu TV3 terus disiarkan.

Saya berharap kerajaan kita akan mewujudkan satu institut seperti International Rice Research Institute (IRRI) di Philippines. Masalah beras ini adalah masalah yang global. Kajian untuk suatu jangka masa yang panjang perlu dibentuk agar negara kita bersedia menghadapi sebarang bentuk krisis makanan terutama berasaskan beras. Walaupun kita telah mempunyai Bernas (pemasaran), UPM (penyelidikan) , dan beberapa agensi lain di setiap negeri yang menyalurkan kemudahan kepada petani padi, namun kita belum perkasa dari segi penelitian aspek-aspek lain. Seperti pembasmian mahkluk perosak padi, pembenihan bermutu, sistem pengairan sistematik dan kaedah penanaman berkesan.

Negara kita masih ketinggalan dari aspek ini berbanding negara seperti Thailand dan Philippines. Ketika saya melawat IRRI awal tahun ini, mereka begitu komited dalam menghasilkan benih yang bermutu bersama negara-negara dari Barat, Asia dan Eropah.Namun bendera Malaysia tidak kelihatan kerana difahamkan Malaysia tidak turut serta dalam penyelidikan di IRRI. Jika dilihat di kawasan sawah mereka, saya begitu kagum dengan kebersihan dan kekemasan sawah mereka. Mereka sangat sistematik dalam bekerja walaupun tidak kelihatan jentera moden di sawah mereka.
Ini cuma pandangan saya.. seminggu saya makan nasi di IRRI. Katering mereka juga menghantar makanan halal ke hotel di mana saya menginap.

No comments: