Thursday, June 5, 2008

Harga Petrol Dan Diesel Diapung Seperti Pelampung.
















Kerajaan belanja RM13.7 bilion hasil penstrukturan harga bahan api dan levi.


Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

Bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000 cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan. Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan itu.

Bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan terbabit membayar atau memperbaharui cukai jalan, berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac tahun depan. Bayaran itu akan dibuat menerusi kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai ini. Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula akan menikmati pengurangan cukai jalan sebanyak RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet selama empat jam itu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dinaikkan 78 sen seliter kepada RM2.70 dan diesel RM1 seliter kepada RM2.58 sen mulai hari ini.

No comments: