Wednesday, June 4, 2008

Krisis Makanan Ancaman Global

Kenaikan harga makanan dan pertambahan golongan miskin yang tidak mampu memberi makan kepada keluarga masing-masing berisiko tinggi mencetuskan bencana global. Krisis makanan ketika ini meningkatkan pencabulan hak asasi manusia dan dapat menjadi punca bencana besar di seluruh dunia. Kenaikan harga menyebabkan banyak negara paling miskin di dunia bergelut memberi makan rakyatnya.
Banyak keluarga di negara miskin memperuntukkan lebih tiga perempat daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan. Mereka tidak mampu menanganinya kerana harga berterusan naik. Harga makanan global naik hampir dua kali ganda dalam masa tiga tahun, mencetuskan bantahan ganas di beberapa negara. Pertambahan penduduk, permintaan dari negara membangun, peningkatan penghapusan tanaman untuk biofuel selain banjir dan kemarau menjadi punca kenaikan harga makanan di seluruh dunia. Berdasarkan rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga makanan global naik 35 peratus tahun ini dan 65 peratus sejak 2002. Pada 2007 saja, menurut indeks makanan dunia Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, harga produk tenusu naik hampir 80 peratus dan bijirin 42 peratus.
Memang dahsyat mengetahui penduduk miskin terpaksa menanggung kesan kesilapan dasar selama berdekad-dekad seperti kekurangan pelaburan dalam pertanian dan menarik sokongan kepada petani kecil-kecilan. Aktivis hak asasi manusia menyalahkan perkembangan industri biofuel di atas krisis makanan dunia. Berterusan mengembangkan industri itu yang memburukkan krisis makanan secara moralnya lebih teruk.
Krisis makanan global ketika ini adalah contoh buruk bagaimana kerajaan terbaik, cuai dan terburuk, bersubahat dalam aliran peningkatan masalah kelaparan.

No comments: