Friday, June 6, 2008

Pakatan cengkaman masa depan.

Rudd syor pakatan baru Asia

SYDNEY: Perdana Menteri, Australia Kevin Rudd semalam menggesa negara Asia Pasifik membentuk kumpulan menyamai Kesatuan Eropah (EU) yang didakwanya dapat meningkatkan keselamatan dan keamanan rantau itu. Rudd berkata, blok yang digelarnya Masyarakat Asia Pasifik yang merangkumi negara kuasa ekonomi seperti China, India, Amerika Syarikat dan Jepun boleh diwujudkan menjelang 2020. “Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan serantau yang pada masa ini agak berpecah,” katanya dalam wawancara radio selepas mengemukakan idea itu ketika berucap di Persatuan Asia Australia, malam kelmarin.
“Perlu diingat yang rantau ini sekarang menyaksikan pelbagai konflik termasuk di Selat Taiwan, Semenanjung Korea, Kashmir yang turut membabitkan negara berkuasa nuklear. Kita perlu mewujudkan satu pakatan demi masa depan.” - AFP

TAK NAK! JANGAN! TAK BOLEH!

Saya merasakan ini agenda kuasa-kuasa besar terutama Amerika Syarikat dan Australia untuk meneruskan cengkaman mereka keatas negara-negara membangun terutama negara-negara Islam. Menjelang 2020, mungkin 'pembersihan' ke atas negara-negara seperti Indonesia, Malaysia dan negara timur tengah yang kini dianggap rakan akan dimulakan secara menyeluruh.

Saya juga melihat apa yang dikatakan oleh Rudd sebagai perpecahan kerjasama keselamatan serantau kini ialah kerana kebanyakkan negara-negara dunia kini tidak bersetuju dan mengutuk penaklukan Amerika keatas Afghanistan dan Iraq. Malah penduduk dunia juga mengutuk desakan Amerika keatas Iran didalam isu nuklear yang membayangkan peperangan akan berlaku. Australia yang merupakan sekutu kuat Amerika membantu Israel merampas kedaulatan Palestin yang hakiki juga tidak mendapat sokongan negara-negara Islam.

Inilah agenda masa depan mereka. Pakatan ini tidak mustahil akan digunakan untuk mengancam ekonomi negara-negara Islam yang tidak tunduk kepada dasar dan telunjuk mereka kelak. Selain itu, Mereka akan terus menyuburkan teori keterbergantungan negara-negara membangun dan negara-negara miskin terhadap mereka. Mereka juga mampu untuk menggugat kestabilan politik negara yang lebih terdorong membangunkan syiar Islam. Hakikat yang harus diterima ialah Australia, Britain, Amerika dan Israel tidak akan membenarkan sebuah negara Islam yang unggul wujud di bumi ini.


No comments: